2 April 2012

Syukur,meniti hari-hari yang berlalu,rasa sudah semakin sihat dan bertenaga...Sesekali sakit itu menjengah tulang rusuk aku,aku cuma mampu memejam mata,berharap ia cepat hilang.Namun,aku cuma manusia biasa,hambaNYA yang kerdil,sesekali terluah juga keluhan itu.Maafkan aku kerana selalu mengeluh,selalu termenung menangisi nasib diri yang kadang-kadang tak seperti orang lain.Tapi sebenarnya aku lupa ujian yang ALLAH bagi ini merupakan satu rahmat dan kemanisan dalam hidup aku yang baru menjengah 21 tahun ini..Yeah,aku masih bertatih dalam dunia milik Yang Maha Menguasai ini.Masih banyak dan ada ujian yang lebih besar lagi dihadapan menanti aku.Dengan lafaz bismillah,pejamkan mata kamu rapat-rapat,redha dengan semua ini,Fi.Sakit itu datang dariNYA.Ia anugerah terbesar buat kamu,tahu.Senyumla.kerana senyum itu bisa buat kamu tenang.Bersabarlah,kerana Allah sayang akan hamba-hambaNYA yang sabar :)

Buat renungan diri kamu,

Sesungguhnya ALLAH swt berfirman,"Apabila Aku menguji seseorang dari hambaKU  yang mukmin dengan sesuatu penyakit,lalu dia memujiKU dengan ujianKU itu,maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringannya itu seperti masa dia dilahirkan oleh  ibunya- bersih dari segala kesalahan," dan ALLAH swt berfirman kepada malaikat penulis amal itu, "Aku telah mengikat hambaKU itu dan telah mengujinya,maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa dia berkeadaan sihat."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komentar sikit dong