29 Disember 2011

Kenangan 2011

La ni orang sibuk dok cakap2 pasal diari 2011..Aku pun nak jugak la singkap-singkap kembali.Semestinya kita sebagai khalifah dimuka bumi ni tak kan lepas dari ujianNYA.
Masa awal-awal tahun dulu,aku close dengan someone yang mana aku dah anggap macam akak aku sndiri.Dan bole juga diiktiraf sebagai sahabat baik.Tapi macam yang aku selalu kena,langit tak semestinya cerah selalu.Pengkhianatan adalah satu benda yang paling aku benci dalam dunia ni.Malangnya,yang kita tak suka tu la yang kita dapat.Damn!
Kawan.
Sampai satu tahap,aku rasa aku tak perlu kawan dalam hidup aku.Sebab setiap kali aku dapat kawan,mesti betrayed aku.Sakitnya hati.Tak pe la,hikmah disebalik tu aku dah nampak.

This year jugak dapat bakal anak sedara.Maksudnya,sampai la ni pun dia tak tengok dunia lagi la.Soon.Next year.

Hari-hari yang dilalui macam biasa,happy bersama si bullshit.Namun yang aku sangkakan panas sampai ke petang,rupanya ribut petir pulak melanda.Hai,apa la nasib.Aku mengalami depression lagi.Tapi alhamdullilah,banyak hikmah yang tersembunyi.Contohnya,life got better.No more migrain.Hubungan sama family pun closer.Sesungguhnya aku redha dengan apa yang dah jadi.Memetik skrip Ombak Rindu,redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah.Yeah,aku redha dengan hati yang lapang.Terima kasih banyak-banyak kat family masa dugaan ini melanda.Kesupportan kalian buat aku kuat. 

Tahun ni jugak,result yang amat memuaskan even tak la dekan kan.Tapi aku pun heran sebenarnya,macam mana bole dapat macam tu.Study tak la kuat mana.Tiba-tiba jadi tak bersyukur bila member-member lagi gempak.kesedihan tu rasa sampai ke tulang hitam.Tapi,kesedihan tu diubati dengan kehadiran si putih yang comel dan ego.Sampai saat ni,dia selalu teman aku mana2 pun aku pergi.Tapi maaf ye si putih yang comel,aku selalu biar engkau kotor.Tak sempat nak mandikan laa..Maaf ye.

Pencapaian cemerlang aku untuk tahun ni adalah in progress buat lesen.Walaupun sebenarnya aku dah fobia bawak moto lepas jatuh tergolek-golek kat bukit.Tapi nak buat macam mana,terpaksa.Kalau duk harap orang,bergantung dengan orang lagi la susah,kan? Cik Fiqa,im proud of you! Haha.

Then,penutup 2011,doa aku dimakbulkan =)

Tapi dalam tak sedar,tahun ni aku tak sakit dah.Syukur.

16 Disember 2011

Saya menghampiri pertambahan umur!

Tak lama lagi makin bertambah umur diri ini.Masuk tahun baru ni memang terasa diri ni makin tua.Bila makin tua,makin banyak dosa,makin banyak pengalaman,makin banyak makan,makin banyak duit.Erk,ye ke?

Saja menulis lebih awal dari tarikh sebenar.Baru-baru ni aku dah mendaftar sebagai pengundi pilihan raya.Ha,pelik mak aku.Beliau kata,eh dah tua ye kakak rupenya.Aku buat-buat chill je padahal dalam hati,eee geramnya.ok,sorry mak.

Memetik kata-kata sifu public speaking aku,experience is the best teacher in our life.Yeah,aku bersetuju.Pengalaman hidup mengajar aku untuk jadi lebih baik in future.Pengalaman mengajar aku untuk jadi seorang yang lebih kuat,tapi sampai sekarang masih ada sikap buruk yang tak dapat dikikis.Maaf,aku bukan sempurna.

Menjangkau usia melebihi 20,aku harap aku tak lagi kuat menangis.Aku harap aku lebih kuat untuk hadapi setiap dugaan yang menjengah hidup aku saban hari.

Terima kasih mak abah,jaga anak perempuan yang bongsu ni masa sakit dulu.Kalau mak abah,abang,akak,adik semua tak bagi semangat,aku rasa aku tak sesihat sekarang.Sesungguhnya,perhatian kalian buat aku rasa aku patut kuat melawannya.='(

Duhai diri ini yang sudah dewasa,mulakan setiap hari dengan senyuman.InsyaAllah,sepanjang hari akan jadi hari yang bahagia buat kamu.Pasal jodoh tak kesampaian,Allah mahu temukan kamu dengan sidia yang lebih baik.Chill lah!