2 November 2011

DISLEKSIA

Who knows about disleksia? Please raise you hand.

Hasil dari pembacaan kat internet dan buku-buku,disleksia ni sebenarnya sejenis masalah pembelajaran yang khusus yang selalu berlaku.Budak-budak disleksia ni akan ada masalah bila nk buat kerja sekolah.Sebab asas jadinya disleksia ni adalah disebabkan perbezaan cara otak diorang berfungsi untuk tentukan simbol visual dengan bunyi.

Aku pun baru tahu sebenarnya lepas tengok satu drama kat tv.Lagipun adik aku dia kena disleksia jugak.Mungkin masih ramai lagi orang atau ibu bapa yang tak tau pasal masalah ni.Bila anak diorang malas buat kerja sekolah,atau belajar sampai menangis-nangis pun,tapi still tak reti untuk baca dan menulis,mungkin inilah masalah diorang.

Adik aku yang bongsu tu alami masalah yang sama jugak.Even dia dah darjah 3,tapi masih tak boleh membaca.Dia susah nak ingat satu-satu huruf tu.Kalau tulis nama pun,boleh jadi  huruf 'r' yang terbalik,'s' terbalik.Masalah lain jugak,adik aku ni susah nak buat perbandingan antara rasa masam,masin atau manis.Tapi yang lebih ketara,antara masam dan masin.Dia memang suka fresh orange.Kalau makan kat luar,mesti order jus mahal tu.Bila dia minum,dia akan cakap,masinnye air ni..Kita akan jadi pelik,macam mana pulak jus oren boleh jadi masin? Tu la salah satu ciri budak disleksia ni,diorang tak boleh nak bezakan rasa.

Budak-budak disleksia ni bukan terencat ke apa tau.Diorang normal,cuma mengalami masalah-masalh cam tu la.Once diorang dah besar nanti,insyaALLAH,will back to normal.Kita tak boleh la nak ketepikan diorang ni.Walaupun ada masalah dalam pembelajaran,tapi diorang still ada satu-satu benda yang expertise.Contoh dia boleh bersukan,bole menari.. Kalau adik aku ni,mengira dia memang cekap,cuma kurang pada membaca.Kalau pasal ps,psp,no 1..Bukak labtop,klik sana,klik sini,tak yah harap aku dah..Kadang-kadang jugak apa yang keluar dari mulut dia,macam lagak orang tua pun ada..Macam tu la.

Kalau kat sekolah,dia duduk dalam kelas Pemulihan.Sebab kalau sama-sama geng budak yang sama umur,die tak boleh nak catchup.Akan ketinggalan la.Aku tengok seronok je pegi sekolah.Kalau sehari ponteng,sibuk suruh orang buat surat.Baru-baru ni,belikan sardin,katanya kat sekolah nanti nak buat sandwich..Ada jugak cikgu ajar menari.Tergolek-golek depan aku  menari hari tu.Comel ^_^...
Memancing pun ada!
Macam budak tadika,kan.Tapi sebenarnya,pihak sekolah mungkin nak diorang seronok bila pergi sekolah bila ada aktiviti-aktiviti macam tu,tabik springgggg la kat sekolah sekarang.Ambik perhatian.

Ingat ye,budak-budak macam ni jangan kita kata bodoh ke lembab ke sebab diorang sebenarnya pandai dan kreatif.
Bimbinglah diorang dengan penuh kesabaran.Memang sakit hati kalau kita ajar adik kita tak paham-paham,atau lambat dapat,tapi we have to!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komentar sikit dong